Share |

Saturday, August 4, 2012

MyKad lama tidak sah

by Rajeswari


Pemilik kad pengenalan lama Balakrishnan, 74 menghadapi masalah untuk membuka akaun di bank kerana bank tidak terima MyKad lama.

Anaknya Rukumani seorang ibu tunggal yang hidup dengan bergantung kepada bantuan dari pelbagai pihak termasuk bantuan RM300 dari Jabatan Kebajikan Negeri Selangor merungut kerana kad pengenalan bapanya tidak diterima oleh pihak bank bagi membolehkan beliau membuka akaun dibank dan wang kebajikan dimasukkan dalam akaun.

Rukumani terpaksaberulang-alik dari rumahnya di Bandar Sultan Sulaiman Port Kelang ke Klang bagi mendapatkan wang bantuan kebajikan yang diberikan kepada bapanya.

Apabila meminta supaya wang tersebut di masukan dalam akaun bank bagi memudahkan Rukumani mengambil di bank terdekat. Pegawai kebajikan tersebut meminta Rukumani untuk membuka akaun bank di atas nama bapanya.

“Masalahnya ialah bapa saya seorang kurang upaya(terlantar di katil dan tidak boleh berjalan) bagaimana hendak ke bank untuk membuka akaun bank dan membuat My kad baru”.

Kata Rukumani dengan suara yang sedih. Malahan katanya dia terpaksa membayar tambang teksi yang begitu mahal untuk ke destinasi tertentu bagi mendapatkan bantuan kewangan bagi menyara keluarganya.


Rukumani yang terpaksa menjaga bapanya serta dua orang anaknya, Nanthakumar 14 dan Vaitheswari 13 tahun yang masih bersekolah, terpaksa mengharungi pelbagai kesulitan dan kesukaran bagi menampung hidupnya.

Apatah lagi wang RM300 itu terpaksa di bayar sewa rumah RM300 dan sedikit sebanyak menerima bantuan makanan dari kuil berhampiran dan badan kebajikan yang sudi menghulurkan bantuan.

Kedua-dua anaknya juga tidak mempunyai Mykad sehingga ke hari ini.